Allah telah meletakkan kejayaan manusia hanyalah didalam agama. Sejauh mana kita taat dan patuh pada perintah Allah ialah ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jika ada manusia yang mengatakan bahawasanya kejayaan adalah dalam kekayaan, pangkat dan kuasa maka ia telah melakukan kesilapan dan pemikiran yang salah. Kalaulah benar kejayaan manusia dalam kekayaan maka mengapa Karun laknatullah tidak berjaya. Hal ini kerana Karun laknatullah yakin bahawasanya kejayaan dalam kekayaan. Akhirnya keyakinan Karun yang salah itu akhirnya memudaratkan diri sehinggakan harta dan dirinya ditenggelamkan oleh Allah didalam perut bumi. Begitu juga dengan Firaun yang angkuh dengan kerajaan yang dimilikinya sehingga sanggup mengaku dirinya Tuhan akhirnya binasa. Wahai saudaraku sekalian, sesungguhnya saya mengingatkan diri saya ini bahawasanya kehidupan kita di dunia ini amatlah singkat. Tiada manusia yang hidup selama-lamanya yang kekal hanyalah Allah. Oleh itu hendaklah kita mengamalkan kehidupan ini dengan taat pada perintah Allah. Sesungguhnya kejayaan umat manusia hanyalah dalam agama Islam. Jika kita cuba mencari kehidupan selain dari agama maka kita telah melakukan satu kesilapan. Perumpamaan seekor ikan, ikan kehidupannya dalam air..tetapi bila ikan ini fikir mahu kehidupan didarat sudah semestinya ikan tersebut akan mati. Begitu juga manusia jika ia mahu lari dari agama dan mencari jalan selain dari amal agama maka sudah semestinya akan gagal. Bukanlah bermaksud kita perlu meninggalkan kehidupan di dunia ini kerana dunia ini adalah jambatan untuk menuju akhirat.
Oleh kerana itulah kita perlu menanam keyakinan pada Allah. Sesungguhnya Allah maha kuasa makhluk itu langsung tiada kuasa. Yang memberi mudarat, manfaat semuanya datang dari Allah. Kita perlu betulkan keyakinan pada diri, anak dan isteri kita bahawasanya setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah. Kita makan nasi tetapi bukan nasi yang bagi kenyang tetapi yang bagi kita kenyang ialah Allah. Nafikan makhluk, makhluk tak boleh buat apa-apa melainkan Allah... Allah maha kuasa makhluk langsung tiada kuasa. Yakinlah dengan Allah, bina keyakinan supaya dalam hati kita ini hanya ada Allah sahaja.
Seluruh umat manusia perlu usaha atas iman, mesti ada kasih sayang sesama makhluk, jangan bergaduh sesama islam, tanamkan sangka baik InsyaAllah hati akan menjadi tenang. Kurangkan membicarakan keaiban dan keburukan orang lain. Marilah seluruh umat Islam didunia menanamkan rasa kasih sayang sesama Islam. Umat Islam adalah umat yang mulia. Kepada pemuda dan pemudi Islam hendaklah kamu jaga akhlak mu. Jauhilah diri kamu dari melakukan maksiat. Kehebatan Islam akan bangkit apabila pemuda-pemuda Islam melakukan dakwah dan bersama-sama jemaah menyebarkan agama Islam. Mari kita melakukan usaha dakwah yang telah lama ditinggalkan. Untuk membangkitkan agama maka kita perlukan usaha,. jika tiada usaha maka hasil tidak akan hadir. Sebagaimana kita makan nasi hari ini... terfikirkah kita jika pesawah tidak melakukan usaha menananam padi mana mungkin akan adanya beras dan mungkin kita tak akan dapat makan nasi jika semua pesawah-pesawah dan petani tak buat usaha untuk menanam padi. Begitu juga dengan agama, setiap manusia perlu lakukan usaha untuk agama ini. Bagaimana agama Islam tersebar sehingga seluruh alam adakah agama tersebar melalui angin, sudah semestinya tidak. Agama tersebar dengan usaha dakwah. Dakwah ini adalah pekerjaan seluruh nabi-nabi. 124000 nabi diutuskan adalah dengan maksud dakwah. Supaya manusia ini taat pada Allah. Allah mengutuskan nabi adalah supaya manusia ini taat pada Allah dan tidak syirik pada Allah. Kita sekarang adalah umat akhir zaman, gejala maksiat berleluasa, hiburan menjadi santapan, umat menderita. Kerosakan umat amat membimbangkan. Manusia yang tiada agama bagaimana pula... mereka ini juga perlu didakwahkan... kerana itulah orang Islam perlu melakukan usaha atas Iman yakni dengan kembali pada agama. Siapakah yang akan menjalankan kerja dakwah. Kerja dakwah in adalah tanggungjawab umat akhir zaman. Pintu kenabian telah ditutup setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. Tapi kerja kenabian Allah telah berikan pada umat hari ini. Marilah kita melaksanakan kerja dakwah. Hidupkan kembali usaha Rasulullah s.a.w.
Wednesday, May 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment